JOM KENALI
APA ITU GAMAT EMAS ??
APA ITU GAMAT EMAS ??
Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus
tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin,
sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk
meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga
untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Namun begitu, terdapat lagi individu
yang masih keliru membezakan antara Gamat dan Timun Laut. Gamat merupakan
famili Timun Laut di mana 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun
dikenalpasti di perairan Malaysia. Menariknya, paling istimewa dan bernilai
dari sudut perubatan iaitu “Gamat Emas” adalah dari spesies Stichopus horrens
melalui kajian DNA oleh Kamarul, Ridzwan dan Gires pada tahun 2010 (dahulunya
dikenali sebagai Stichopus hermanii.
Gamat berbentuk silinder dengan leper pada bahagian dorso-ventral, tanpa
tulang belakang dan mempunyai bukaan pada bahagian hadapan dan belakang.
Terdapat beberapa mekanisma pembiakan bagi gamat iaitu secara seksual, atau
aseksual (pembelahan badan) dan autotomi (penyerpihan kulit badannya).
Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim (kini Konsultan Gamat Emas Sdn Bhd) telah
mempelopori penyelidikan Timun Laut di Malaysia bermula sejak tahun 1980an di
Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah dengan kerjasama Ko-Nelayan Sabah
dan beberapa agensi berkaitan. Rentetan daripada ini, beberapa kumpulan
penyelidik dari universiti tempatan muncul dengan kajian-kajian tentang Gamat
dan Timun Laut.
Masih bertapak teguh, Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim kini adalah merupakan
penyelidik utama mengenai pembiakan Timun Laut di bawah Geran TechnoFund,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan beliau sedang berkhidmat
sebagai Profesor di Jabatan Bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) Kampus Kuantan Pahang. Sebelum ini Prof. Dr. Ridzwan juga pernah
mengetuai Geran IRPA RMK ke 7 mengenai Timun Laut di perairan Malaysia di
bawah Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTE).
Selain daripada itu kepakaran beliau telah digunakan untuk pembikinan
dokumentari mengenai gamat dan timun laut oleh beberapa agensi kerajaan dan
swasta termasuk Filem Negara Malaysia, Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia,
beberapa program RTM dan TV3. Hampir kesemua akhbar Malaysia telah memetik atau
menulis mengenai kajian Prof. Dr. Ridzwan mengenai Gamat juga Timun Laut.
Prof. Dr. Ridzwan kini masih aktif membimbing pelajar PhD dan Master termasuk
dari luar negara. Setakat ini beliau telah menghasilkan 4 buah buku mengenai
Timun Laut dan sumber makanan laut.
Hasil penyelidikan beliau dan rakan-rakan mendapati “Gamat Emas” kaya
dengan kandungan protein melebihi 44%, 3-5% karbohidrat dan kurang dari 2%
lemak kasar. Lebih memberangsangkan turut mempunyai pelbagai bahan bioaktif
yang berkhasiat antaranya asid amino dan asid lemak perlu, vitamin, mineral dan
sebagainya.
“Gamat Emas” sangat berkhasiat untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan
luaran. Kajian juga mendapati gamat berupaya membantu mencegah penyakit
jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mencegah dan mengawal kencing
manis serta tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan
gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit. Gamat turut mengandungi
antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal
bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.
Menyedari hakikat kebaikan Gamat yang terlalu luas dan universal maka kami di
GESB memformulasikan produk penjagaan kesihatan berasaskan Gamat di bawah
pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama ‘eMas’ khusus
untuk anda!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteJemput Masuk ke Blog GESB